CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 18, 2009

Berkursus lagi...............

Sok aku akan bertolak ke KL..kena p kursus lagi..kali ni kat Pahang jugak..kena berkumpul kat kementerian di KL..seminggu jugak aku akan tgglkn Rumah Saloma ni..(hehehe)..keja menimbun nak tggl..pas blk dari kursus trus ada program jabatan..pastu sambung ngan festival teater..wua...wua...wua..tak sabar tggu bulan Ogos...bulan utk beristirehat...

Wednesday, June 17, 2009

Kawan, teman dan sahabat


Hari ini aku kawan kau..

Esok lusa belum tentu lagi...


Hari ini aku ketawa bersama kau...

Esok lusa belum tentu lagi...


Hari ini aku lihat kau menangis...

Peduli apa...bukan ada kena mengena dengan aku....


Hari ini aku gembira....

Eh...kenapa kau sibuk nak tumpang kegembiraan aku??


Kalau aku susah aku cari kau...

Kalau kau susah, pandai-pandailah kau uruskan hal kau, nak hidup...


Susah sangat nak cari kawan yang boleh jadi sahabat..

Susah sangat nak cari teman untuk menangis bersama..

Susah sangat nak cari sahabat, teman dan kawan yang setia..






Bagi aku...

Aku pernah ada seorang sahabat yang boleh berkongsi segala kisah suka duka..ketawa menangis kami kongsi bersama..tapi itu hanya tinggal kenangan..Masa telah memisahkan aku dan dia..Masa telah mengubah dirinya..Kini, hanya tinggal aku yang masih mahu menjadi sahabat setianya..Masih mengharap kehadirannya untuk menjadi sahabat aku yang paling setia..Seperti dulu..Mungkin itu semua mustahil lagi bagiku..Kesetiaannya hanya pada sebuah ikatan perkahwinan kini..Setia pada suaminya..Setia pada anaknya..Bukan lagi setia pada seorang sahabat seperti aku..Aku bersyukur kerana aku pernah mempunyai seorang sahabat sepertinya..Yang sentiasa bersamaku ketika aku berduka..Aku pernah menangis bersamanya saat aku kecewa..Tiada rahsia antara kami..Berkongsi kisah keluarga, teman lelaki, cinta monyet..Tersenyum aku sendiri pabila mengenang saat itu..Kawan2 sering menyangka kami kembar..Wajah seiras..Cuma perangainya lebih tenang..Aku memang panas baran..Dia selalu cakap nak aku jadi pengapitnya..Dia nak aku sentiasa ada bersamanya pada hari bahagianya nanti..Aku hanya mengangguk tanda berjanji yang aku akan tunaikan permintaannya itu..Aku tahu jodohnya semakin hampir..Selepas SPM kami semakin jauh..Aku di utara dia di selatan..sambung pengajian dalam bidang berlainan..Sejak itu, kami semakin jarang bertemu dan jarang berkongsi cerita..Masing-masing sibuk dengan pengajian..Kalau balik kampung pun jarang bertemu..Kali terakhir aku berjumpa dengannya pertengahan tahun 2004..Selepas itu aku dah tak tahu apa berlaku padanya sehinggalah tahun 2008..Aku dapat tahu yang dia telah berkahwin dengan teman lelakinya yang aku kenali sejak dari mula perkenalan mereka..Dia telah berkahwin pada penghujung 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata..Terkilan aku dengan sikapnya..Dia berkahwin tanpa pengetahuanku..Langsung tiada perkhabaran tentang perkahwinannya..Dia sahabatku ketika susah dan senang tapi kenapa di saat bahagianya dia lupakan aku..Aku pun nak berkongsi kegembiraannya jugak..Aku amat berkecil hati..Sehingga kini aku belum pernah melihat anaknya..Dah besar agaknya..Teringin sekali mendengar anak itu memanggil aku 'ACIK YAN'..Sejak aku kehilangannya sebagai sahabat, tiada seorang pun dapat menggantikan dia sebagai sahabat aku yang paling setia..Kalau putus cinta boleh dicari pengganti sebab mungkin tiada jodoh, tapi pabila terputus sahabat umpama kehilangan darah daging sendiri..



Kenapa aku tiba-tiba teringat sahabatku nan satu itu??Seringkali mengulit kenangan...Mungkin aku perlu berjumpa dengannya..Beralah bukan bererti salah...

Friday, June 12, 2009

~hehe..haha..hoho..~

HARIKURA??HARIKURA??
heheheheheh.....HARIKURA??
sesuai la...NAMAKO HARIKURA....
hehehe....

kenapa??tak faham ke??
hanya yang mengerti akan memahami...hehehe....

~la...laaa...la...laaa.....~


Buangkan segala resah di jiwamu....


Kembalikan sinar keceriaan di wajahmu...


Titipkan secebis kebahagiaan di senyumanmu...


Sinari pelangi cinta di hatimu....


Semoga ketenangan menjadi milikmu...

Monday, June 1, 2009

~hmmm.....~

Tidak adakah sekelumit perasaan kasihan dalam hati mereka itu walaupun mereka tahu kesalahan itu bukanlah sebesar mana..hanya diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak..Tidak perlu menghukumnya hingga begitu walaupun hati terlalu membencinya..mungkin kerana dendam lama belum berbalas..ditambah pula dengan kehadiran pencetus kontroversi yang sering mengapi-apikannya..tidak sedarkan mereka tentang betapa besar jasanya selama ini..manusia sering melakukan kesalahan..namun jika kita berdendam, samalah kita dengan mereka..salahkah jika kita berbincang dan saling memaafkan antara satu dengan yang lain..mungkin tiada persengketaan terjadi..tidak perlu mengadakan apa yang tiada jika ianya hanya menambah luka di sebelah pihak..tidak perlu menuding jari jika ianya hanya tanggapan bukan kesahihan yang telah termaktub..mungkin mereka sengaja mencipta ini semua untuk memuaskan hati sebelah pihak tetapi di satu pihak yang lain, tidakkah mereka bersimpati??di mana perasaan kasih dan kasihan yang selalu diwar-warkan..dimana perasaan sayang mereka antara sesama manusia??begitulah hebatnya dendam yang mencengkam di hati..sanggup melakukan apa saja..sanggup mengikiskan sifat perikemanusiaan demi kepuasan hati mereka sendiri..atas dasar apakah tindakan itu dilakukan???untuk menjatuhkan maruah org lain???fikir-fikirkanlah...