CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 25, 2009

~Kursus Tatarias Karektor Teater~

Persatuan SEKENET telah menganjurkan Kursus Tatarias Karektor Teater pada 19 dan 20 Disember lalu.


Memang best kursus ni. Maklumlah aku ni bkn ada basic mekap pun. Fasilitatornya adalah Cikgu Yati...


Ni dia Cikgu Yati.......

Mari kita saksikan hasil pelajar-pelajar Cikgu Yati yg sangat tekun menimba ilmu ni...

Yang ni Mekap Kategori 'Tua Kutuk Tak Sedaq Diri'..hahaha...Bob dimekap oleh Cikgu Yati..

Yang ni cucu dgn Tokwan...hehehe....Yang cucu tu mekap ala 20's..jadi ke??macam tak jadik je..


Yang ni mekap ala 50's...


Yang ni plak ala 70's....



Sambil-sambil mekap tu saya buat bisnes kecil-kecilan....siapa yg berminat utk mendapat khidmat mereka di bawah ini sila hubungi saya dengan segera..............
Mereka menyediakan khidmat urut dan lain-lain......mari kita berkenalan dengan mereka....

Yang Pertama: Nama : LATIFAH @ LATT

Yang Kedua :
Nama : ZAHARIAH @ AYIE

dan yang paling meletoppp...memperkenalkan...........

Nama : JOYAH @ JOE

(**ops....gambar keterlaluan.. Untuk 18 tahun ke atas sahaja)

wuahahahahahahahahahahaa...................................

comel tak kawan-kawanku bila dimekap jd pompuan...walaupun muka cun, misai tetap ada....cayalah...............

Ni hasil daripada tunjuk ajar Cikgu Yati....Meletopppsss tak??
Ha....sumer nak pose..........Yang mana 1 pilihan kalbu???



Yang ni mekap animasi dan fantasi...macam tak berapa jadik je kan???


Dan paling menyeramkan di abad ini..............jeng...jeng...jeng.......

Ni lah hantu setan yg bertapak di Rumah P.Ramlee............

**Lepas ni akan diadakan kursus lanjutan tatarias karektor teater. Tapi tak tau lagi bila...Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan bersama..........

Friday, December 11, 2009

~With or without wing~


Aku : I'm flying without wing.........

Dia : I'm your wings............




**So touching...huhuhu.....

Tuesday, November 17, 2009

~adussss~

Huhuhu..aku tak sempat nak update blog nih...
baru arini masuk keje.. setelah seminggu berkursus...
Perasaan pg td = malasnye nak bgn pagi...
perasaan sekarang = kekenyangan sbb mkn nasi dah 3 kali, makan rojak, dan makan popia..
keje menimbun atas meja tp aku wat tak tau je
ntah bila nak start......

Wednesday, November 4, 2009

~alahai kisah si semut~

JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI YE.................

** Penyebab kesibukan semenjak dua menjak ni..
**yea...nak abih dah....
**idopku dan kawan2 yg lain akan kembali normal....

Wednesday, October 28, 2009

~Sibuk~

Sibuk...
Semua orang sibuk...
Semua orang asyik sibuk...
Aku pun sibuk jugak...
Sibuk tolong orang yang sibuk...
Kerja aku, aku buat tak kisah saja...
Kerja orang pulak aku sibuk...
Dia pun sibuk....
Sibuk tolong orang jugak...
Aku pun tak dipedulikan buat masa ni....
Masing-masing sibuk...
Sampai tak ada masa nak sibuk untuk diri sendiri....
Kalau tak tolong orang yang sibuk...
Sampai bila mereka nak sibuk....
Kalau aku tolong...
Sekurang-kurangnya ringan sikit beban kesibukan tu...
Dalam pada kesibukkan yang melanda ni...
Otak aku ni selalu sibuk fikir benda bukan-bukan....
Emosi aku pun selalu sibuk tak menentu...
Maklumlah orang sibuk tak dipedulikan...
Aku harap kesibukan ni akan berakhir dengan cepat......

Monday, October 12, 2009

~Mood Anda Hari Ini~

Bagaimanakah mood anda setiap pagi semasa datang kerja??Mari kita nilai................
ISNIN

SELASA

RABU


KHAMIS



JUMAAT


SABTU DAN AHAD

hari ni hari apa ek???hehehe..........






~Mengenang kembali saat yang telah pergi~

3 Oktober 2009, aku dan gengster Rumah P.Ramlee dah meninggalkan tugas-tugas rasmi semata-mata nak p mandi sungai..heheh...Walaupun aku tau boss aku akan marah tapi aku tetap join jgk dgn budak-budak haru-biru nih p mandi sungai. Tempat yang dituju tu tak la jauh sgt dari tempat aku menjalankan tugas rasmi hari tu.


Air sungai tu memang best. Belum tercemar. Sejuk. Segar badan mandi kat situ. Dah lama tak dak aktiviti camni. Yela, sumer cbuk dgn tugas-tugas rasmi setiap minggu. Nak kena start balik outdoor aktiviti camni. Apa kata CipJinggo???
Jom layan gambaq depa nih...(gambaq aku tak leh donlod, nnt my-ve marah...hehehe)
Ni la geng umah P.Ramlee. Ni baru sikit, belom angkat 1 batalion lg..


Lihatlah betapa riangnya mereka.......(mcm budak-budak...)

Kelaparan dan kedahagaan....Kesian..


Wajah-wajah keletihan setelah puas mandi sungai....


Yang ni tak reti nak letih...
~Sekian~
** Next activities - Mandi-manda di Sg. Tukun (my-ve, kelas renang tak abis lg...)
- Berkelah di Teluk Duyung...lagi..(kenangan..)
- Camping di Royal belum...lagi....(insyaallah)
Ada-ada apa penambahan Cip Jinggo????hahahahaha

Wednesday, October 7, 2009

~heeeeeeee~

Speechless...........

Wednesday, September 16, 2009

~Selamat Menyambut Syawal~

Dengan penuh rasa kesyukuran

saya dan My-Ve

ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maafkanlah sekiranya terdapat salah dan silap...

Semoga kehadiran Syawal membawa sinar kebahagiaan kepada semua...

Saturday, September 5, 2009

~ Iklan...iklan... ~

Terharu tengok iklan ni..Sedih...Tersentuh hati...

Pulanglah ke kampung berhari raya bersama ibu bapa tercinta...

Hargailah ibu bapa kita selagi mereka ada di dunia ini...

'Jangan Lupa Pakai Lampin Tau'

'Apa Nak Jadi Dengan Korang Nie'

'Mak....'

Friday, September 4, 2009

~ thinking of something ~

Life is too short to wake up in the morning with regrets,
So love the people who treat you right,
Forget about the ones who don't,
And believe that everything happens for a reason.
If you get a chance, take it.
If it changes your life, let it.
Nobody said life would be easy,
They just promised it would be worth living.

Thursday, September 3, 2009

~Mereka~Dia~Aku~


Mereka........

sering mengambil kesempatan......

memperlakukan dia seadanya.....

menggunakan keakraban....

untuk kesenangan diri mereka..........



Dia...

sentiasa membiarkan mereka.......

memperjudikan dirinya...

sentiasa tersenyum...

walaupun ku tahu...

apa yang dia fikirkan...





Aku....

seperti biasa..

sentiasa beralah...

sebab aku sedar siapa aku......






Thursday, August 27, 2009

~Al-Fatihah~

Kalau ikut tahun Islam, esok genap 3 tahun tok aku meninggal. Aku rindu sgt kat arwah tok. Dah lama tak ziarah pusaranya. Tunggu raya baru p ziarah. Aku rasa arwah tok adalah tok yang paling best dalam dunia walaupun arwah tok suka berleter kat aku.
Dulu, kalau aku balik kampung, arwah tok selalu masak lauk fevret aku. Sayur keladi. Even sayur keladi yang mak aku buat pun tak sesedap arwah tok aku buat. Betul. Selepas arwah tok meninggal, aku tak pernah makan sayur keladi dah. Kalau mak buat pun aku tak makan. Hati aku jadi sayu bila tengok sayur keladi. Tak tertelan. Aku tak sentuh langsung.
Tahun ni mak ajak balik beraya di kampung. Tapi, aku tak dak perasaan langsung nak balik kampung. Sejak arwah tok tak dak, aku malas nak balik kampung walau pun aku dah ada tok baru tapi suasana dah berbeza. Wan aku kawen slps setahun lebih tok meninggal. Dulu, time nak raya je arwah tok la yang sibuk suruh wan p beli macam-macam sebab cucu-cucu nak balik. Kesian kat wan. Bila cucu-cucu dah balik arwah tok la yang paling seronok. Lepas terawih mula la kedengaran suara arwah tok berleter kat cucu-cucu sebab main mercun dan bunga api depan rumah. Bila asap bunga api masuk dalam rumah, arwah tok akan p dok kat pintu sambil cekak pinggang. "Hangpa ni p la main jauh-jauh bunga api tu, Yayang tak boleh kena asap. Penat." Heheh...arwah tok panggil aku Yayang. Abih budak-budak tu kena marah sebab cucu kesayangan dia tak bleh kena asap. Hehehehehe...Bila dah start berleter susah la dia nak berhenti.

Tiba-tiba air mata aku bergenang.. Tangan tak mampu lagi menaip.. Kubiarkan kenanganku bersama arwah tok tersimpan dalam lipatan sejarah....

Semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah.
Al-Fatihah untuk Sapura bt Abdullah................

Amin...................

Wednesday, August 19, 2009

Terfikir aku sejenak......



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja, kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya, ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah ia mulai MENYAYANGI kamu, hendaklah kamu MENJAGA hatinya, janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja, kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu...

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada, jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja, Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula dan bukannya terus dibuang begitu sahaja...

Jika kamu sedang memiliki seseorang, TERIMALAH dia seadanya, Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa, Anggaplah dia manusia biasa, Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat, Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya, lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja...

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi, Yang kamu pasti baik untuk diri kamu, Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT, Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain, Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN, Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi, Kamu akan MENYESAL...

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN, Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU... Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain, terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi...

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

Friday, August 14, 2009

Alkisah

ALKISAH.....

Dalam sebuah akuarium, terdapat sekumpulan ikan kecil yang riang ria bermain sesama mereka. Sama-sama cari makan. Hidup mereka aman damai. Suatu hari, tuan empunya akuarium telah beli seekor ikan yang agak besar berbanding ikan-ikan di situ. Semua ikan-ikan di situ takut padanya sebab dia kan besar. Lagipun dia agak sombong dan ego kerana kebesarannya berbanding ikan-ikan lain. Ini menyebabkan ikan-ikan kecil itu menyampah dengannya. Jarang sekali mereka bertegur sapa dengan ikan besar itu. Ikan besar itu selalu juga cuba untuk bermain-main dengan ikan kecil. Memandangkan mereka berada dalam satu akuarium, ikan-ikan kecil pun terpaksalah berbaik-baik dengan ikan besar itu sebab ikan-ikan kecil sukakan ketenangan, tak mau gaduh-gaduh.

Disebabkan tuan empunya akuarium ni suka sangat bela ikan, dia pun beli lagi seekor ikan. Kali ni ikan tu tak la besar sangat tapi cantik. Lebih cantik berbanding ikan-ikan kecil yang sedia ada di situ. Dia tidak seperti ikan-ikan kecil. Dia pemalas. Suka mengambil kesempatan terhadap ikan-ikan kecil. Ikan yang cantik itu cuba merapatkan diri dengan ikan yang besar sebab ikan cantik tu tahu semua ikan-ikan kecil takut kat ikan besar.

Pada suatu petang yang damai, tuan empunya akuarium membeli lagi anak-anak ikan yang cantik. Memandangkan anak-anak ikan tu baru dan masih belum mengerti tentang kehidupan di akuarium itu, maka dengan ego dan bongkaknya ikan cantik tu telah mengambil kesempatan untuk menjadi ketua dikalangan anak-anak ikan cantik. Ikan besar setuju sebab sesuai la ikan cantik jadi ketua anak-anak ikan cantik. Sama-sama cantik. Bertambah berseri la akuarium itu.

Ikan-ikan kecil merasa terpinggir dengan keadaan itu. Akuarium yang dulunya mereka kuasai bersama-sama tapi kini diketuai oleh ikan cantik yang malas itu. Ikan cantik itu semakin sombong dan ego. Kini, ikan-ikan kecil itu tak ingin lagi berada di dalam akuarium itu kerana tertekan dengan sikap ikan cantik dan ikan besar. Tapi apakan daya, mereka tidak berupaya untuk membuat apa-apa. Mereka tak boleh bertukar akuarium. Mereka hanya boleh menunggu saat kebahagiaan yang entah bila akan kembali..........

Wednesday, July 22, 2009

YANG INI HURUF KHA !



" Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah "

" Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "

" Mambang tanah !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim ! " " Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh "

" Jin dengan mambang !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja. "

" Oooo .. dia tak ada mata ? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu. "

" Mata buta !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa.. sekarang Cik Sudin pulak .. "

" Saya, cikgu "

" Aa.. kenal tak dengan huruf ini ? "

" Saya kenal cikgu "

" Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas. "

" Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng ! "

" Tonceng?! Hahhahhahhahahha ..... "

" Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat "

" Cikgu .. "

" Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak. "

" Yang mana ? "

" Yang ini ... "

" Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "

" Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha ! "

" Huruf Khaaa ? "

"Oooo...huruf kha..."
"hahahahahahahahahahahahahahahaha........"






Thursday, July 9, 2009

Wanita

Allah berfirman:

'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan '
'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya '
'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh'
'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya
'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya
'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu'
'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'
.................
'Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.'
'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya...
' tempat dimana cinta itu ada.'

Thursday, June 18, 2009

Berkursus lagi...............

Sok aku akan bertolak ke KL..kena p kursus lagi..kali ni kat Pahang jugak..kena berkumpul kat kementerian di KL..seminggu jugak aku akan tgglkn Rumah Saloma ni..(hehehe)..keja menimbun nak tggl..pas blk dari kursus trus ada program jabatan..pastu sambung ngan festival teater..wua...wua...wua..tak sabar tggu bulan Ogos...bulan utk beristirehat...

Wednesday, June 17, 2009

Kawan, teman dan sahabat


Hari ini aku kawan kau..

Esok lusa belum tentu lagi...


Hari ini aku ketawa bersama kau...

Esok lusa belum tentu lagi...


Hari ini aku lihat kau menangis...

Peduli apa...bukan ada kena mengena dengan aku....


Hari ini aku gembira....

Eh...kenapa kau sibuk nak tumpang kegembiraan aku??


Kalau aku susah aku cari kau...

Kalau kau susah, pandai-pandailah kau uruskan hal kau, nak hidup...


Susah sangat nak cari kawan yang boleh jadi sahabat..

Susah sangat nak cari teman untuk menangis bersama..

Susah sangat nak cari sahabat, teman dan kawan yang setia..






Bagi aku...

Aku pernah ada seorang sahabat yang boleh berkongsi segala kisah suka duka..ketawa menangis kami kongsi bersama..tapi itu hanya tinggal kenangan..Masa telah memisahkan aku dan dia..Masa telah mengubah dirinya..Kini, hanya tinggal aku yang masih mahu menjadi sahabat setianya..Masih mengharap kehadirannya untuk menjadi sahabat aku yang paling setia..Seperti dulu..Mungkin itu semua mustahil lagi bagiku..Kesetiaannya hanya pada sebuah ikatan perkahwinan kini..Setia pada suaminya..Setia pada anaknya..Bukan lagi setia pada seorang sahabat seperti aku..Aku bersyukur kerana aku pernah mempunyai seorang sahabat sepertinya..Yang sentiasa bersamaku ketika aku berduka..Aku pernah menangis bersamanya saat aku kecewa..Tiada rahsia antara kami..Berkongsi kisah keluarga, teman lelaki, cinta monyet..Tersenyum aku sendiri pabila mengenang saat itu..Kawan2 sering menyangka kami kembar..Wajah seiras..Cuma perangainya lebih tenang..Aku memang panas baran..Dia selalu cakap nak aku jadi pengapitnya..Dia nak aku sentiasa ada bersamanya pada hari bahagianya nanti..Aku hanya mengangguk tanda berjanji yang aku akan tunaikan permintaannya itu..Aku tahu jodohnya semakin hampir..Selepas SPM kami semakin jauh..Aku di utara dia di selatan..sambung pengajian dalam bidang berlainan..Sejak itu, kami semakin jarang bertemu dan jarang berkongsi cerita..Masing-masing sibuk dengan pengajian..Kalau balik kampung pun jarang bertemu..Kali terakhir aku berjumpa dengannya pertengahan tahun 2004..Selepas itu aku dah tak tahu apa berlaku padanya sehinggalah tahun 2008..Aku dapat tahu yang dia telah berkahwin dengan teman lelakinya yang aku kenali sejak dari mula perkenalan mereka..Dia telah berkahwin pada penghujung 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata..Terkilan aku dengan sikapnya..Dia berkahwin tanpa pengetahuanku..Langsung tiada perkhabaran tentang perkahwinannya..Dia sahabatku ketika susah dan senang tapi kenapa di saat bahagianya dia lupakan aku..Aku pun nak berkongsi kegembiraannya jugak..Aku amat berkecil hati..Sehingga kini aku belum pernah melihat anaknya..Dah besar agaknya..Teringin sekali mendengar anak itu memanggil aku 'ACIK YAN'..Sejak aku kehilangannya sebagai sahabat, tiada seorang pun dapat menggantikan dia sebagai sahabat aku yang paling setia..Kalau putus cinta boleh dicari pengganti sebab mungkin tiada jodoh, tapi pabila terputus sahabat umpama kehilangan darah daging sendiri..



Kenapa aku tiba-tiba teringat sahabatku nan satu itu??Seringkali mengulit kenangan...Mungkin aku perlu berjumpa dengannya..Beralah bukan bererti salah...

Friday, June 12, 2009

~hehe..haha..hoho..~

HARIKURA??HARIKURA??
heheheheheh.....HARIKURA??
sesuai la...NAMAKO HARIKURA....
hehehe....

kenapa??tak faham ke??
hanya yang mengerti akan memahami...hehehe....

~la...laaa...la...laaa.....~


Buangkan segala resah di jiwamu....


Kembalikan sinar keceriaan di wajahmu...


Titipkan secebis kebahagiaan di senyumanmu...


Sinari pelangi cinta di hatimu....


Semoga ketenangan menjadi milikmu...

Monday, June 1, 2009

~hmmm.....~

Tidak adakah sekelumit perasaan kasihan dalam hati mereka itu walaupun mereka tahu kesalahan itu bukanlah sebesar mana..hanya diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak..Tidak perlu menghukumnya hingga begitu walaupun hati terlalu membencinya..mungkin kerana dendam lama belum berbalas..ditambah pula dengan kehadiran pencetus kontroversi yang sering mengapi-apikannya..tidak sedarkan mereka tentang betapa besar jasanya selama ini..manusia sering melakukan kesalahan..namun jika kita berdendam, samalah kita dengan mereka..salahkah jika kita berbincang dan saling memaafkan antara satu dengan yang lain..mungkin tiada persengketaan terjadi..tidak perlu mengadakan apa yang tiada jika ianya hanya menambah luka di sebelah pihak..tidak perlu menuding jari jika ianya hanya tanggapan bukan kesahihan yang telah termaktub..mungkin mereka sengaja mencipta ini semua untuk memuaskan hati sebelah pihak tetapi di satu pihak yang lain, tidakkah mereka bersimpati??di mana perasaan kasih dan kasihan yang selalu diwar-warkan..dimana perasaan sayang mereka antara sesama manusia??begitulah hebatnya dendam yang mencengkam di hati..sanggup melakukan apa saja..sanggup mengikiskan sifat perikemanusiaan demi kepuasan hati mereka sendiri..atas dasar apakah tindakan itu dilakukan???untuk menjatuhkan maruah org lain???fikir-fikirkanlah...

Tuesday, May 12, 2009

kebengongan akibat tidoq yang 'overdose'...........

Semalam aku p cabut gg pas aku balik keja...besa la bila cabut gg..pas abih ubat kebas mula la berdenyut...maka sakit yang teramat la..aku kan jenis malas mkn ubat...so biaq je la sakit tu...sampai tertidoq...dah la tak mandi lagi pas balik keja..aku ingat nak bangun mandi lewat sket tp nak tau dak aku tidoq sampai koi brapa??aku tidoq dari koi 6ptg smpai 6.30pg...tak jaga langsung...huhu.....bangun tu trus p mandi...
bila aku mai opis, aku jd cam bengong semacam je..org dok ckp aku jd cam blur...aku wat tak tau je bila org panggil aku..ntah kenapa aku jd camni arini..dah le aku rasa pening je...
aku rasa ni la simptom-simptom terlebih tidoq...slalunya aku tidoq 4 atau 5 jam je..ni tidoq sampai 12 jam 30 minit..

pas ni aku akan pastikan yg aku tidoq cukup2 je...tak mo overdose dah...tak mo jd bengong sekerat hari................

Friday, May 8, 2009

<<spider>>

atau lebih dikenali sebagai labah-labah

Sekadar Renungan Bersama................

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.


Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.


Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekoq tu ke surau waktu Maghrib nnt.


Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ka~? Takpa2, nnt ptg sat g kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .


Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekoq tu ke surau.


Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk ja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang nuu, biaq saya jadi imam.
"

Tok imam pun unduq la ke belakang.


Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.
Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jaa tokkkk!!"

Lalu batal lah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.


Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.


Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji laa si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknya si Ciko berkata,

"He he he, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang.


He he he he..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Thursday, May 7, 2009

aku...yang...mengantok...

arini aku ngantok sgt mai opis..ntah setan apa la yg bergantung kat mata aku ni..tak dak mood pg2..dgq org tua tu dok cite pasai batu nu...batu ni...baju nu...baju ni...org tu...org ni...mcm2 la pg2 lg dok beletiaq..maklumlah dah kategori terlajak perahu..ops....ampun...

aku rasa aku lapaq plak selepas berjaya mengawal setan yang bergantung di kelopak mata..nak mkn apa ek arini??ari2 mkn benda yang sama kat tempat yang sama..nak kata boring mmg la boring tp nak wat camne..situ je tmpt yang dekat utk mendapat sesuap nasi di pagi hari..

mggu ni mcm2 aktiviti yg termaktub dlm jadual tugasan aku..seminggu pack..mgkin sbb tu aku ngantok kot..tiap2 ari blk lewat mlm..tiap2 ari berkejaran dari studio ke auditroium ke pejabat ke ropewalk..ops...ampun lagi...arini tggu org gomen mai cek bgnn plak...tak tau la nak mai koi brapa..

dgn rasa mengantok yang teramat sgt aku terpaksa menyambung tugas2 ku.....

Tuesday, April 28, 2009

Serangan Virus................

wua...wua...wua......
PC aku kat opis kena serangan virus..ntah dari mana dtgnya virus-virus yang bersemi di PC aku tu..menyusahkan idop aku btol la virus tu..abih pendrive aku termasuk la pendrive my-ve n abg wan..tak leh buka trus.. dah la mcm2 ada dlm tu...

aku dah beli antivirus tp tak leh nak install...dah mntk tlg kat abg lat n abg apit yg agak otai dlm hal ni pun tetap tak dak perubahan..rugi duit aku beli antivirus tu...ari2 my-ve dok bising kat aku..sbb keja dia menimbun nak kena wat..dia tak suka guna PC kat tmpt org len sbb PC aku kan best...hehehehe..tp lani dah tak best...

smlm aku wat backup file smpai koi 1230 mlm kat opis...smpai tertidoq..sedaq2 dah lewat trus pecut balik umah..ni pun tak abih lg ni..nak bwk p format len PC ni..pg ni mai opis ngantuk laa...sat g meeting sure berulang kali menguap..

hai la virus...wat pa la hang mai wat serangan kat PC aku ni...p la wat serangan kat tmpt len...huhuhuhuhuhuhuhuhuh

Monday, April 20, 2009

Adat Perkahwinan di Bukit Jawi Golf Resort

Ni adat perkahwinan (kawin olok2...). Tengkiu kpd Abg Fir n Kak Kyu sbb telah menyelamatkan aku dr disandingkan dgn my-ve (hehehe..). Tak rela aku disandingkan dgnnya sblom tiba saat dan ketika...(simpan aura seri....kuang...kuang...kuang....). Aku kat blkg tabir dlm cite ni..buat2 sibuk sblom dipaksa naik ke pelamin..huhu..
Siap ada kad jemputan lagi...nama aku dgn my-ve tp org len yang bersanding...hehehe..bos aku marah jgk kat aku tp aku wat bodoh je...lama mana dia nak marah...dia tak leh paksa kalu aku tak nak..my-ve pun tak nak..

hahahahaha....lawak plak aku tgk kad ni...

TUHAN SENTIASA BERSAMA UMATNYA YANG SABAR..............

Thursday, April 9, 2009

Suka Ria Ceria yang aku tak dapat join.........

Jeles btoi aku tak dapat p Suka Ria Ceria...Time aku p kursus jgk la depa wat program ni...jelez...jelez....gambaq ni pun aku rompak je...huhuhuhu
ni angkatan tentera Semut...

aku konpius la...ni semut ka anai2??

Yareeebaaaaaaaaaaa.............

nak balik dah la tu........cian depa dpt no 2...anyway tahniah...

Thursday, April 2, 2009

pulau aman...here i come....

Pas balik dari Cherating, aku bersiap nak p pulau aman plak..program jabatan..dah 8 tahun aku tak p sana.. tempat tu dah bnyk berubah..ada la sket pembangunan..jeti pun dah lain..aku nek bot last koi 7 pd ptg jumaat..aku sorg je pompuan p sana mlm tu..sume krew laki..tp tak pa..ada sorg wife pegawai ikut..ada jugak teman nak bersembang..mlm tu pas set up PA System, aku ikut kengkawan p menjala...aku teman je dok kat atas..sorg je pun yang menjala..ni la antara hasil tangkapan mlm tu...

tak kurang jugak yg menyibuk nak masuk jala...tak diundang...

Letih tu mmg la letih...mcm2 aktiviti kat sana..dgn panas terik...tp 1 pengalaman yg tak dpt dilupakan...tgk rusa ditembak dan disembelih utk wat kenduri..1st time tgk..sblom ni tgk org sembelih lembu je..tp apa2 pun daging rusa mmg sedap...

Monday, March 30, 2009

i'm back

Aku baru je balik dari Cherating, Pahang. P kursus 2 mggu kat sana. Kursus yang amat memboringkan. Dah la tdoq pun tak cukup. Hari2 kena dgr ceramah. Makan lak 6 kali sehari (kwn2 ckp aku dah gemok..huhuhuhuu...)masa kat sana aku asyik menghitung hari nak balik penang.
26 Mac 2009 aku bertolak pulang dari Cherating. Bas Kementerian bhenti kat KL. Dari KL aku nek bas S***R N**E..punya la lambat tahap cipanzi. bayangkan btolak dari Puduraya koi 8mlm tepat, sampai penang koi 2 pg..mmg aku blacklist la bas ni pasni..Sampai umah aku trus tdoq sbb dah letih usung 3 bijik beg yg berat macam galas batu..tap keletihanku tak berakhir di situ...
(ikuti sambunganya selepas ini)..........

Tuesday, March 10, 2009

program ad-hoc

Tadi ada meeting lagi...biasala keja kat cni tiap2 ari meeting..bkn apa..nak bagi sume program bjalan lancar jugak..abih je meeting program tadi, kwn2 aku dok lepak la kat bilik aku..besa la jd port mengumpat (tak padan ngan laki..kuat ngumpat jugak..tiba2 kedengaran "woiii semua kena masuk bilik mesyuarat balik....ada mesyuarat tergempar...segera......." aku dgn kwn2 dgn lemah longlai masuk balik bilik mesyuarat...kata pengerusi "ok semua...esok mlm menteri nak mai cni..kita pelu adakan dinner di perkarangan opis kita..semua terlibat"...hah!!!!!menteri nak turun????mlm sok???aku dah jd gundah gulana..jantung berdegup kencang...ye la...org kuat aku blk kpg tak mai lg...tiket abih...mati aku nak uruskan program besaq ni sorg2..

aku dgn rasa berat pala kol org kuat aku tnya apa yg apa keperluan utk sambut menteri ni..setelah mendapat pertolongan dr org kuat, 'kwn' dan kwn2, aku dah wat checklist apa yg perlu aku buat..aku rasa dah settle bab aku utk arini..arini saja sok belom tentu lg..Ya Allah..permudahkanlah urusanku....

terima kasih aku nak ucapkan pada:-
1)org kuat aku yg berada di kampung - banyak tlg aku dlm macam2 hal sejak aku disini tanpanya tak jln la keja kat cni..(dah setahun).
2)'kwn' - banyak bg semangat kat aku tak kira dalam apa keadaan sekalipun.
3)kwn2 - banyak tlg memotivasikan aku dlm segala hal..

Sunday, March 8, 2009

Lupa diri (fantasi)......sedar (realiti).....

Dalam ketidaksedaran aku telah pun membuat sesuatu yang menyebabkan seseorang bersikap dingin terhadapku..aku lupa sejenak tentang diri ini ketika dibuai keindahan alam..teguran yang dilemparkan menyedarkan siapa aku...aku perlu berpijak di bumi nyata..maafkan aku kerana perang dingin ini..maafkan aku...

Friday, March 6, 2009

Ternyata...aku........

Ternyata aku bukan keseorangan...
ternyata aku bukan terpinggir....
ternyata aku bukan pesalah....
ternyata aku bukan tertuduh.........

aku mempunyai mereka dibelakangku...
aku mempunyai mereka yang setia menasihatiku....
aku mempunyai mereka yang sudi memberi tunjuk ajar padaku....
aku mempunyai mereka yang sedia memaafkanku......

dalam tangis syukur ini kuberharap agar segala usahaku berhasil supaya aku tidak menyakiti sesiapa....termasuk hatiku sendiri......

Thursday, March 5, 2009

Apa yg kita nak...apa yg kita dapat....

pentingkan yang lebih penting dari yang penting............kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting.......

selalunya apa yang kita nak tu mesti susah untuk kita dapat..apa yang kita tak nak tu jgk yang kita senang dapat..

ku minta pada Tuhan setangkai bunga segar,
Dia memberi kaktus berduri,
ku minta kupu-kupu yang cantik dan indah,
diberi ulat berbulu,
aku sedih dan hampa...
namun kemudian,
kaktus itu berbunga....indah sangat...
ulat itu pun menjadi kupu-kupu...cantik sangat...
itulah jalan Tuhan,
Indah dan Cantik sesuatu itu kena pada masanya,
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan
namun Dia memberi apa yang kita perlukan
kadang-kadang kita kecewa dan sedih
tapi jauh di atas segalanya
Dia telah mengatur sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kita
sungguh indah dan cantik
hidup meredhai takdir ILLAHI.......


K.E.R.J.A yg tak siap + K.U.R.S.U.S

huhu...banyaknya keja nih..nak kna wat BQ, cari quotation utk piping, fail meja, susun jadual guna studio mcm2 lg la..program pun dah nak start..kemarin tiba2 dpt lak surat arahan utk p kursus induksi kat cherating...kalu 2, 3 ari tak pa...ni 11 ari kat sana...lama tu...tak dpt nak bayang dok sana lama2...ari tu kursus kat t'ganu 5 ari pun dah rasa cam 5 bln ni tak tau la...

wua...wua....wua....

Friday, February 20, 2009

you're my everything

You're my everything The sun that shines above you makes the blue bird sing The stars that twinkle way up in the sky Tell me I'm in love, when I kiss your lips I feel the rolling thunder to my finger tips And all the while my head in a spin Deep with in I'm in love You're my everything and nothing Really matters but the love you bring You're my everything To see you in the morning with those big brown eyes You're my everything Forever and the day I need you close to me You're my everything You never have to worry never fear For I am near when I hold you tight there's nothing that can harm you in the lonely night I'll come to you and keep you safe and warm Yes, so strong my love You're my everything I live upon the land and see the sky above I'll swim within oceans sweet and warm There's no storm my love

Wednesday, February 18, 2009

testing 1 2 3

Percubaan...percubaan...hehehe...terima kasih di atas sokongan....