CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 27, 2009

~Al-Fatihah~

Kalau ikut tahun Islam, esok genap 3 tahun tok aku meninggal. Aku rindu sgt kat arwah tok. Dah lama tak ziarah pusaranya. Tunggu raya baru p ziarah. Aku rasa arwah tok adalah tok yang paling best dalam dunia walaupun arwah tok suka berleter kat aku.
Dulu, kalau aku balik kampung, arwah tok selalu masak lauk fevret aku. Sayur keladi. Even sayur keladi yang mak aku buat pun tak sesedap arwah tok aku buat. Betul. Selepas arwah tok meninggal, aku tak pernah makan sayur keladi dah. Kalau mak buat pun aku tak makan. Hati aku jadi sayu bila tengok sayur keladi. Tak tertelan. Aku tak sentuh langsung.
Tahun ni mak ajak balik beraya di kampung. Tapi, aku tak dak perasaan langsung nak balik kampung. Sejak arwah tok tak dak, aku malas nak balik kampung walau pun aku dah ada tok baru tapi suasana dah berbeza. Wan aku kawen slps setahun lebih tok meninggal. Dulu, time nak raya je arwah tok la yang sibuk suruh wan p beli macam-macam sebab cucu-cucu nak balik. Kesian kat wan. Bila cucu-cucu dah balik arwah tok la yang paling seronok. Lepas terawih mula la kedengaran suara arwah tok berleter kat cucu-cucu sebab main mercun dan bunga api depan rumah. Bila asap bunga api masuk dalam rumah, arwah tok akan p dok kat pintu sambil cekak pinggang. "Hangpa ni p la main jauh-jauh bunga api tu, Yayang tak boleh kena asap. Penat." Heheh...arwah tok panggil aku Yayang. Abih budak-budak tu kena marah sebab cucu kesayangan dia tak bleh kena asap. Hehehehehe...Bila dah start berleter susah la dia nak berhenti.

Tiba-tiba air mata aku bergenang.. Tangan tak mampu lagi menaip.. Kubiarkan kenanganku bersama arwah tok tersimpan dalam lipatan sejarah....

Semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah.
Al-Fatihah untuk Sapura bt Abdullah................

Amin...................

Wednesday, August 19, 2009

Terfikir aku sejenak......



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja, kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya, ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah ia mulai MENYAYANGI kamu, hendaklah kamu MENJAGA hatinya, janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja, kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu...

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada, jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja, Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula dan bukannya terus dibuang begitu sahaja...

Jika kamu sedang memiliki seseorang, TERIMALAH dia seadanya, Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa, Anggaplah dia manusia biasa, Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat, Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya, lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja...

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi, Yang kamu pasti baik untuk diri kamu, Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT, Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain, Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN, Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi, Kamu akan MENYESAL...

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN, Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU... Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain, terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi...

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

Friday, August 14, 2009

Alkisah

ALKISAH.....

Dalam sebuah akuarium, terdapat sekumpulan ikan kecil yang riang ria bermain sesama mereka. Sama-sama cari makan. Hidup mereka aman damai. Suatu hari, tuan empunya akuarium telah beli seekor ikan yang agak besar berbanding ikan-ikan di situ. Semua ikan-ikan di situ takut padanya sebab dia kan besar. Lagipun dia agak sombong dan ego kerana kebesarannya berbanding ikan-ikan lain. Ini menyebabkan ikan-ikan kecil itu menyampah dengannya. Jarang sekali mereka bertegur sapa dengan ikan besar itu. Ikan besar itu selalu juga cuba untuk bermain-main dengan ikan kecil. Memandangkan mereka berada dalam satu akuarium, ikan-ikan kecil pun terpaksalah berbaik-baik dengan ikan besar itu sebab ikan-ikan kecil sukakan ketenangan, tak mau gaduh-gaduh.

Disebabkan tuan empunya akuarium ni suka sangat bela ikan, dia pun beli lagi seekor ikan. Kali ni ikan tu tak la besar sangat tapi cantik. Lebih cantik berbanding ikan-ikan kecil yang sedia ada di situ. Dia tidak seperti ikan-ikan kecil. Dia pemalas. Suka mengambil kesempatan terhadap ikan-ikan kecil. Ikan yang cantik itu cuba merapatkan diri dengan ikan yang besar sebab ikan cantik tu tahu semua ikan-ikan kecil takut kat ikan besar.

Pada suatu petang yang damai, tuan empunya akuarium membeli lagi anak-anak ikan yang cantik. Memandangkan anak-anak ikan tu baru dan masih belum mengerti tentang kehidupan di akuarium itu, maka dengan ego dan bongkaknya ikan cantik tu telah mengambil kesempatan untuk menjadi ketua dikalangan anak-anak ikan cantik. Ikan besar setuju sebab sesuai la ikan cantik jadi ketua anak-anak ikan cantik. Sama-sama cantik. Bertambah berseri la akuarium itu.

Ikan-ikan kecil merasa terpinggir dengan keadaan itu. Akuarium yang dulunya mereka kuasai bersama-sama tapi kini diketuai oleh ikan cantik yang malas itu. Ikan cantik itu semakin sombong dan ego. Kini, ikan-ikan kecil itu tak ingin lagi berada di dalam akuarium itu kerana tertekan dengan sikap ikan cantik dan ikan besar. Tapi apakan daya, mereka tidak berupaya untuk membuat apa-apa. Mereka tak boleh bertukar akuarium. Mereka hanya boleh menunggu saat kebahagiaan yang entah bila akan kembali..........