CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 14, 2009

Alkisah

ALKISAH.....

Dalam sebuah akuarium, terdapat sekumpulan ikan kecil yang riang ria bermain sesama mereka. Sama-sama cari makan. Hidup mereka aman damai. Suatu hari, tuan empunya akuarium telah beli seekor ikan yang agak besar berbanding ikan-ikan di situ. Semua ikan-ikan di situ takut padanya sebab dia kan besar. Lagipun dia agak sombong dan ego kerana kebesarannya berbanding ikan-ikan lain. Ini menyebabkan ikan-ikan kecil itu menyampah dengannya. Jarang sekali mereka bertegur sapa dengan ikan besar itu. Ikan besar itu selalu juga cuba untuk bermain-main dengan ikan kecil. Memandangkan mereka berada dalam satu akuarium, ikan-ikan kecil pun terpaksalah berbaik-baik dengan ikan besar itu sebab ikan-ikan kecil sukakan ketenangan, tak mau gaduh-gaduh.

Disebabkan tuan empunya akuarium ni suka sangat bela ikan, dia pun beli lagi seekor ikan. Kali ni ikan tu tak la besar sangat tapi cantik. Lebih cantik berbanding ikan-ikan kecil yang sedia ada di situ. Dia tidak seperti ikan-ikan kecil. Dia pemalas. Suka mengambil kesempatan terhadap ikan-ikan kecil. Ikan yang cantik itu cuba merapatkan diri dengan ikan yang besar sebab ikan cantik tu tahu semua ikan-ikan kecil takut kat ikan besar.

Pada suatu petang yang damai, tuan empunya akuarium membeli lagi anak-anak ikan yang cantik. Memandangkan anak-anak ikan tu baru dan masih belum mengerti tentang kehidupan di akuarium itu, maka dengan ego dan bongkaknya ikan cantik tu telah mengambil kesempatan untuk menjadi ketua dikalangan anak-anak ikan cantik. Ikan besar setuju sebab sesuai la ikan cantik jadi ketua anak-anak ikan cantik. Sama-sama cantik. Bertambah berseri la akuarium itu.

Ikan-ikan kecil merasa terpinggir dengan keadaan itu. Akuarium yang dulunya mereka kuasai bersama-sama tapi kini diketuai oleh ikan cantik yang malas itu. Ikan cantik itu semakin sombong dan ego. Kini, ikan-ikan kecil itu tak ingin lagi berada di dalam akuarium itu kerana tertekan dengan sikap ikan cantik dan ikan besar. Tapi apakan daya, mereka tidak berupaya untuk membuat apa-apa. Mereka tak boleh bertukar akuarium. Mereka hanya boleh menunggu saat kebahagiaan yang entah bila akan kembali..........

1 madah berhelah:

Deana Amane said...

sape si ikan cantik tu? meh sini nak goreng dia..mesti sedap di makan kan?heeee